• 5P1D Station x ETNT
  • Products
  • Books
  • Publishers
  • Amanie Media
  • Anak Muda Ke Persada Antarabangsa
  • Sale!

    Anak Muda Ke Persada Antarabangsa

    RM37.50

    “Pengajian saya di Kuwait adalah peluang terbaik kerana pelajar2 Malaysia di sana tidak ramai. Saya adalah pelajar Malaysia yang pertama di bidang Syariah. Bahasa Arab dapat dikuasai dengan baik, lancar, yakin, mempersona dan anggun. Saya selalu mendapat pujian akademik setiap semester atau Dean’s List dalam bahasa moden. Satu lagi aspek, saya sempat bekerja di Kuwait secara separuh masa waktu tengah belajar dan juga sepenuh masa setelah tamat. Ini kelebihan yang ramai rakan2 saya tidak ada.

    Seterusnya, pada tahun 1990 saya mendapat biasiswa JPA dan UIA untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD di St Andrews, UK. Bidang kajian usul fekah dengan rujukan khusus kepada fenomena ikhtikaf ulamak dan instrumen tarjih. Saya lebih suka melihat diri saya sebagai peribadi usul fekah lebih daripada kewangan Islam. Itu ilmu teras saya.

    Gandingan antara tradisi ilmu di negara Arab dan UK adalah jelas dalam membentuk keperibadian saya. 

    Saya pulang ke Malaysia pada tahun 1994 dengan PhD. Pada tahun 1996, saya telah mendaftar sebagai pelajar kursus undang-undang jurisprudens (program eksternal) di Universiti Malaysia. Selepas 6 tahun, saya berjaya menamatkannya. CGPA….jangan tanya. Rahsia. Hujung minggu saya selama 6 tahun habis di kelas-kelas hujung minggu. Perit tapi apakan daya. Walaupun rezeki burung dah ada dalam kitab Ilahi, Allah tak akan meletak makanan burung dalam paruhnya.

    Kemungkinan besar saya adalah satu-satunya sarjana Syariah di Malaysia yang mempunyai dua ijazah Syariah dan Undang-undang dalam tempoh pengajian 10 tahun sebagai ijazah utama. Saya rasa puas sebab sebab saya ada kedua-dua aspek undang-undang sepertimana saya juga puas dengan menguasai dua bahasa iaitu Arab dan Inggeris.

    Saya tahu cerita ini agak panjang sikit. Maklumlah cerita 23 tahun. Kalaulah boleh saya kembali ke zaman lampau, saya menginginkan dua perkara. Pertama saya akan menjauhi setiap maksiat yang telah dilakukan di masa lepas terhadap Allah dan kesalahan terhadap manusia dan yang kedua untuk belajar semula.

    Belajar adalah mudah dan menyeronokkan. Anda ada guru-guru hebat di hadapan anda. Tanyalah mereka ilmu dan skil kehidupan sebab mereka adalah gudang ilmu dan inspirasi. Berinteraksilah dengan mereka. Ambillah ilmu dan hikmah sebanyak mungkin. Jangan jadi pelajar yang kosong ruh dan jiwanya (soul-less). Kaku dan membisu. Ada seperti tiada.

    Jangan sombong dan bongkak dengan diri sendiri sebab semua orang kena belajar dari orang lain.

    Ikuti cerita2 lain dalam buku saya Anak Desa ke Persada Antarabangaa ( 2018).”

    Dr. Mohd Daud Bakar

     

    Share this product

    Reviews

    There are no reviews yet.

    Be the first to review “Anak Muda Ke Persada Antarabangsa”

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Have no product in the cart!
    0