Lelah

Nafas ditarik dalam-dalam. Kertas-kertas yang bertimbun di sebelah buku itu dijeling. Banyak projek yang perlu redo. Mata berlari-lari dari moment analysis ke bending moment diagram masuk ke beam design yang dah habiskan kertas berkajang-kajang. Bila shear dah okay, deflection pula sangkut. Cracking pun masih tak nampak masa depan. Nampak gaya macam perlu adjust saiz lagi

Inspirasi Kerja Kuat, Bukan Biasa-Biasa

Kita semua memerlukan inspirasi untuk terus melakukan apa yang sedang kita lakukan. Kalau tidak, kita akan terus ketinggalan. Jadi, apa inspirasi kita? Saya nak kongsikan insipirasi yang saya dapat daripada sesi 15 minit bersama Datuk Dr. Mohd Daud Bakar pada siri yang ke-11. Kalau kita nak berjaya, kita tidak boleh menggunakan konsep kerja yang biasa-biasa.

Secawan Lemon Panas dari Ojiisan

“Ohaiyou gozaimasu!” Ojiisan itu menegur kami. Bas yang menurunkan kami sudah semakin mengecil dari pandangan. “Ohaiyou!” Kami membalas dengan suara terketar-ketar. Salji yang turun semakin berkurangan, namun sejuknya masih terasa sampai ke tulang. Lagi-lagi apabila angin musim sejuk menyapa-nyapa manja tubuh kami. “Koko ni kite kudasai.” Mari sini. Ojiisan tersebut melambai-lambai ke arah kami. Kami memandang sesama sendiri. “Hai.” Dia

Penulis dengan Penuh Kekuatan, Tanpa Ada Ketakutan

“Dengarlah hai teman, dengarkan bersama, Aku menulis bukan kerana nama, Kerana sifat kasih pada sesama insan, Dan menyatakan kasih sayangku, Kita sama, semuanya sama, Apa yang ada hanyalah kehidupan.” -Bukan Kerana Nama, Datuk Ramli Sarip- Saya memulakan penulisan kali ini dengan potongan lirik lagu Datuk Ramli Sarip, “Bukan Kerana Nama”. Alhamdulillah, hari ini dipertemukan lagi

Menjadi Manusia yang Bernilai

Benarlah firman Allah: “يُؤۡتِي ٱلۡحِكۡمَةَ مَن يَشَآءُۚ وَمَن يُؤۡتَ ٱلۡحِكۡمَةَ فَقَدۡ أُوتِيَ خَيۡرٗا كَثِيرٗا”“Allah anugerahkan hikmah kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak.” (AlBaqarah:269) Terkesima saya mendengar bait-bait kata dari seorang yang sangat saya kagumi, Datuk Dr. Mohd Daud Bakar – Shariah Minds – Minda Syariah.

Memberi Makna Kehidupan dengan Menulis

Ada dua sesi terakhir 15 minit bersama Datuk Dr Mohd Daud Bakar (MDB) yang saya tertangguh untuk kongsikan isi-isi pentingnya. Iaitu sesi 5 dan sesi 6. Hari ini saya kongsikan isi-isi penting dalam sesi 5 dahulu. Okey, sebab apa tertangguh? Sebab dua sesi terakhir ini menyebabkan saya temenung. Biasanya lepas dengar perkongsian daripada MDB, saya

Reviu Buku Berfikir Macam Seorang Champion tulisan Syafiq Aizat Mahamad Fuad

Alhamdulillah, selesai membaca sebuah naskah motivasi yang ditulis oleh seorang teman. Sebenarnya buku ini sudah lama beliau hadiahkan kepada saya, semasa pertemuan kami di tengah lebuh raya di Shell Sungai Dua, Pulau Pinang. Namun takdir Tuhan saya tidak sempat membeleknya secara serius hinggalah ke hari ini. Saya tidak pasti adakah saya sudah membalas hadiah beliau

Tentang Penyesalan

Komputer riba dimatikan. Selesai satu lagi mesyuarat atas talian di cuti hujung minggu. Ops Pulang, satu kerjasama pihak Kesatuan Mahasiswa universiti dan pihak pentadbiran universiti untuk memastikan pelajar universiti dapat pulang ke kampung halaman masing-masing dalam keadaan selamat sempena cuti semester selama tiga bulan. Telefon pintar bergetar. Aplikasi WhatsApp dibuka. ‘Shah, mana?’ Jarang sekali Zack

Jadilah Berani Seperti Seekor Anak Burung!

Saya memerhatikan dan menyedari bahawa antara kelebihan Datuk Dr Mohd Daud Bakar (MDB) ialah kemampuan untuk mencipta analogi dengan dimensi yang berbeza. Contohnya pagi tadi, beliau memberi perumpamaan tentang kehidupan seekor burung iaitu setiap pagi emak dan ayah burung akan keluar mencari makanan. Pertama untuk dirinya. Kedua untuk anak-anaknya yang baru menetas. MDB menceritakan tentang
Have no product in the cart!
0