• 5P1D Station x ETNT
  • Kekeluargaan
  • Pendidikan Hak Seorang Anak
  • Pendidikan Hak Seorang Anak

    Kebelakangan ini seringkali dilihat banyak berlaku masalah akhlak dalam kalangan anak muda. Dengan perkembangan teknologi yang makin pesat menyebabkan masalah ini semakin sukar untuk ditangani. 

    Jika diteliti, perkara ini terjadi kerana berlakunya pengabaian didikan oleh ibu bapa terhadap anak-anak menyebabkan mereka hidup bebas tanpa sempadan dan terjebak dengan aktiviti yang tidak menepati ajaran Islam.

    Oleh itu, Islam telah meletakkan satu asas iaitu perkembangan seorang anak itu bergantung kepada apa yang diberikan ibu bapa terhadap mereka. Sepertimana yang disebutkan oleh Rasulullah SAW,

    كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ

    “Setiap anak yang dilahirkan itu dalam keadaan fitrah (suci bersih), kedua ibubapanyalah yang mencorakkanya menjadi yahudi atau nasrani atau majusi” (Hadis riwayat Bukhari 1385)

    Begitu juga telah ditetapkan oleh Allah SWT bahawa ibu bapa diberikan satu tanggungjawab yang besar dalam menyediakan didikan yang baik kepada seorang anak. 

    يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارٗا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُ عَلَيۡهَا مَلَٰٓئِكَةٌ غِلَاظٞ شِدَادٞ لَّا يَعۡصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمۡ وَيَفۡعَلُونَ مَا يُؤۡمَرُونَ

    “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” (Surah At-Tahrîm: Ayat 6)

    Saidina Ali RA mentafsirkan ayat ini yang membawa maksud ibu bapa bertanggungjawab mengajar anak-anak mereka untuk mentauhidkan Allah SWT sepertimana yang disebutkan dalam surah an-Nisa’ ayat 36.

    Ibnul Qayyim juga menegaskan, ibu bapa yang mengabaikan anak mereka telah melakukan satu kejahatan yang cukup besar.

    Beliau juga menyebutkan bahawa kerosakan yang berlaku terhadap seseorang anak itu adalah berpunca daripada didikan ibu bapa sendiri yang mengabaikan tanggungjawab didikan terhadap anak.

    Kesimpulannya, tanggungjawab pendidikan kepada seorang anak bukanlah diserahkan ke atas bahu guru-guru semata-mata tetapi ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam memikul tanggungjawab mendidik seorang anak sama ada menjadi seorang yang baik atau seorang yang jahat.

    Ditulis oleh: Asyraf Hanif
    Gambar: Sebastián León Prado, Unsplash

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *.

    *
    *
    You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

    Have no product in the cart!
    0