Lelah

Nafas ditarik dalam-dalam. Kertas-kertas yang bertimbun di sebelah buku itu dijeling. Banyak projek yang perlu redo. Mata berlari-lari dari moment analysis ke bending moment diagram masuk ke beam design yang dah habiskan kertas berkajang-kajang. Bila shear dah okay, deflection pula sangkut. Cracking pun masih tak nampak masa depan. Nampak gaya macam perlu adjust saiz lagi ni. Tapi beam dah gedabak macam nak buat gimnasium dah.

“Hmm jammed otak!” Syai menghembus nafas perlahan. Jiwanya serabut, fikirannya kusut, hatinya bagai dipukul ribut. Macam mana nak fikir kalau semua sedang serba tak kena?

“Syai!” Mata Syai beralih pada langsir yang menutup compartmentnya. Tak lama lepas tu, tuan punya suara muncul dengan secawan air dan egg salted croissant dari Ricchiamo.

“Apa tu?” Mulut dijuihkan pada cawan di tangan Pa’in.

Take a guess.” Bibir Pa’in mengoyak sengih.

“Mosha? Choc Magnum?” Syai menjawab dalam satu nafas. Dibalas dengan anggukan oleh Pa’in.

For you.” Pa’in hulur cawan kertas itu. Syai menyambut dengan senyum yang tak dapat disorok lagi.

Thanks.” Chocolate Magnum terus disiram ke anak tekak. Terasa ringan sikit kepalanya yang berserabut tadi. Tapi sesak di dada masih tak mau hilang.

Ok, now. Tell me.” Pa’in dah bersila atas katil. “Apakah yang menggangu fikiran tuan puteri sepurnama ini?” Pa’in bersuara sambil tangan digerak-gerakkan acah macam dayang istana. Syai angkat kening sebelah. “Aku..ok ja…” Air yang baru diteguk tiba-tiba rasa berpasir. Syai merenung ketulan kecil ais yang terapung-apung dalam cawannya. Mata terasa hangat. Not now, Syai..Not now..

“Tak adanya ok kalau kau duk tenung ais tu macam dia akan melompat.” Pa’in mendekat. Tangan diletak di atas bahu Syai.

“Look at my eyes. Are you really really okay, bud?”

Angguk. Masih tunduk.

“Syai..”

“I’m scared.” Syai menggumam rendah.

“Hmm?” Pa’in buat muka sedia mendengar.

Syai tarik nafas dalam-dalam. “Of the future.” Itulah yang mengganggu fikirannya selama ini.

Waktu bergerak pantas. Dia rasa dia seorang yang ketinggalan. Projek Pa’in dah lama siap. Dah hantar dah pun. Dia pula masih stuck, report pun belum sentuh. Semua orang hebat. Everyone perform well, tapi dia?

Lambat. Dia selalu di belakang. Orang lain dah berlari, dia masih terkedek bertatih. Jatuh, bangun dan jatuh lagi.

Tipulah kalau dia tak rasa nak give up.

Tangan Pa’in mencapai tangan Syai. Cuba mengalirkan semangat. Syai mengelap air mata yang tumpah tanpa dia sedar.

“Orang macam aku..” Suara Syai antara dengar dan tak. “Can I make it, Pa’in?” Syai menggigit bibir. Membayangkan masa depan membuatkan dadanya sesak. Takut. Tak yakin. Risau.

“Do you want to hear a story?” Suara lembut Pa’in membuatkan Syai mengangkat wajahnya. Dia mengangguk. Bibir nipis Pa’in menggaris senyum.

“Once upon a time, there was a man and his followers.” Pandangan Pa’in jatuh pada mata Syai yang merah. “They were chased by a fierce army. Ketakutan, not knowing what will happen next. They kept praying as their feet kept running. But do you know where Allah brought them?”

“Where?”

“To the sea. Jalan mati.”

“Haa?” Kisah apa ni? Syai angkat bibir sebelah.

“Yup, Allah bawa mereka ke jalan buntu. Seakan tiada jalan keluar. Tapi di hujung jalan keputusasaan tu, Allah berikan jawapan. Laut yang sejauh mata memandang, terbelah.”

Wait, macam familiar. Ini… Mata Syai membesar. Pa’in mengangguk. “Musa alaihissalam.”

Syai tunduk. “God works in mysterious ways.” Cerita Pa’in menyentuh hatinya.

Yup. Dan tugas kita..” Pa’in menepuk lembut paha Syai. “Berlari dan terus berlari.”

“Tapi korang dah jauh. Nanti kau dapat habuan, aku makan asap je.”

“Nay. Who says that?”

“Ha?” Syai buat muka blur. Betul lah kan?

“The reward is in the process, not the goal. Kalau kau lambat, tapi lagi banyak yang kau kutip, yang kau dapat gendong, percayalah, nilai kau lagi tinggi.” Pa’in tersenyum lagi. “It’s like buah pelam. Tak mesti yang petik awal tu lagi sedap. Sometimes keras, masam. Sebab tak matang lagi. Yang lambat mungkin lagi manis sebab masak atas pokok.” Pa’in beranalogi. “Penentu matang atau tak buah tu, bukan pada waktu.”

Syai mengangguk-angguk. Tersentuh lagi. Tiba-tiba tangan Pa’in menggosok kepalanya. “Tapi kena usaha lah. Kalau tak, busuk atas pokok. You can do it. I believe in you lah..” Sengaja dipanjangkan ‘lah’ itu. Kepala Pa’in ditarik rapat ke badannya.

“Aaa, apa ni main kepala.” Syai tarik muncung. Pa’in gelak. “Upah.” Croissant yang tadinya dibelikan untuk Syai digigit sikit.

“Oit, buruk siku!” Pa’in hanya gelak. Syai yang dirinduinya dah muncul semula. Syai yang bising, yang kecoh satu bilik, yang suara tak reti nak volume down.

Syai diam tiba-tiba. Dia tunduk sambil menguis-nguis ibu jari.

The reward is in the process, not the goal. The reward is in the process, not the goal. The reward is in the process, not the goal.

It’s okay, Syai. It’s okay. One at a time. It’s okay..

“Pa’in, satu lagi.” Tiba-tiba Syai memusingkan badan betul-betul menghadap Pa’in. Kaki disilakan di atas kerusi. Pa’in angkat kening sebelah.

“Kau tak pernah ke risau? What if everything doesn’t go well in your life?”

Pa’in diam sejenak. Mulut bergerak mengunyah egg salted croissant sambil hujung jari berlari-lari atas Swatch di tangan,

Everyday, Syai. Setiap hari aku ada thought macam tu.” Chocolate Magnum pula diteguk. “Tapi dulu ustazah aku ada ajar aku satu doa ni. Doa untuk elak kerisauan melampau.”

“Apa doanya?”

Allahumma Inni audzubika minal hammi wal huzni wal ajzi wal kasali wal bukhli wal jubni wa dholaid daini wa gholabatir rijali.

Maksudnya, wahai Allah, aku berlindung kepadaMu dari rasa sedih serta duka cita ataupun kecemasan, dari rasa lemah serta kelemahan, dari kebakhilan serta sifat pengecut, dan beban hutang serta tekanan orang-orang jahat.”

Mata Syai berair lagi. Dia tahu doa ni, tapi jarang diamalkan. Mungkin sebab dulu dia tak pernah nak hayati maknanya.

“Allah ada, Syai.” Pa’in menepuk bahu Syai dua kali. “Doa aku pun.” Pa’in menepuk dadanya. Pun dua kali.

Rasa macam ada air sejuk mengalir ke dalam hati Syai.  “Pa’in.” Syai memandang sahabatnya itu. “Thank you, Farahin.” Sengaja nama penuh Pa’in disebut.

“Sebab?”

“Cari aku.”

Pa’in sengih. “For you, a thousand times over.” Pa’in curi slogan famous dari The Kite Runner. Tapi, Syai tahu Pa’in benar-benar memaksudkannya. “Chow dulu.” Pa’in angkat tangan sebelah dan terus bergerak ke compartmentnya.

Syai sengih seorang diri. Pandangan ditala ke buku-buku yang menggunung dan laptop yang terbuka dari tadi. Perjalanan masih panjang. Bahkan dia tahu, di tengahnya rasa putus asa akan datang lagi. Rasa penat akan membelitnya lagi macam hari ini. Tapi dia nak jadi macam Nabi Musa a.s yang tetap percaya di tengah kebuntuan itu.

Tangan dipanjangkan mencapai Chocolate Magnum yang baru diteguk sekali tadi. Matanya membulat.

Kurang asam.

“Pa’in!!!” Cawan yang sudah kosong dicampak ke sebelah.

Ketawa Pa’in di sebelah pecah.

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
-Make Me Strong, Sami Yusuf-

Ditulis oleh: Terbang Tinggi
Gambar: Steve Johnson, Unsplash 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *.

*
*
You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Have no product in the cart!
0