• 5P1D Station x ETNT
  • Journey of Readers
  • Kenapa Perlu Membaca?
  • Kenapa Perlu Membaca?

    Segala puji bagi Allah, semakin lama mengikuti sesi perkongsian 15 minit anjuran 5pages1day bersama Datuk Dr. Mohd Daud Bakar (MDB), semakin banyak ilmu-ilmu baru yang dibongkarkan kepada kami.

    Satu-persatu ilmu yang dibekalkan kami cuba amalkan dalam kehidupan.

    Sesi kali ini, sungguh membuka fikiran.
    Dan setiap kali perkongsian MDB itulah yang kami rasakan.

    Sama ada kita yang terlalu lambat berfikir ataupun dalam hidup kita ini memang sentiasa memerlukan guru yang akan menunjukkan kita jalan terus ke hadapan.

    Kata MDB, sebenarnya beliau membaca dengan dua tujuan.

    Pertama adalah untuk mencipta idea.

    Kata beliau, bila pegang buku, dokumen, laporan atau apa sahaja yang beliau nak baca, beliau akan cari idea baru.

    Sama ada idea itu dalam bentuk penulisan, menjadi bahan bicara atau mencipta produk baru dalam bidang beliau iaitu kewangan, NGO dan melestarikan asnaf dalam kontek Majlis Agama Islam Wilayah Persekutan (MAIWP).

    Jadi beliau mahu cipta idea yang baru.Kemudian, kalau ada masa, ada sedikit kekuatan, barulah beliau jadikan sebagai bahan penulisan. Mungkin menjadi sebuah buku akademik, separa akademik, buku novel, buku-buku haiwan dan sebagainya.

    Jadi, itu adalah tujuan yang kedua.

    Tapi sebab yang utama kenapa beliau ingin membaca dan terus membaca setiap hari adalah kerana beliau ingin mencipta idea yang baru dan mengubah dirinya kepada manusia baru, bukan MDB selama-lamanya macam itu.

    Kata beliau, MDB juga kena berubah daripada cara fikir, cara lihat, cara berhujah, cara memberikan naratif pada masyarakat, dalam mesyuarat dan pelbagai sesi yang beliau hadiri ataupun dalam menghasilkan produk-produk baru dalam konteks yang berbeza.

    Bila kita membuka pili air, kita akan ada satu himpunan air yang banyak dalam sebuah kolah. Maka, air ini akan melimpah keluar bila penuh. Begitu juga dengan buku yang kita baca, artikel yang kita sentuh, petikan surat khabar yang kita teliti, sajak yang kita hayati, pantun yang kita cuba fahamkan maksudnya, kesemuanya itu akan memberikan limpahan idea kepada kita.

    Maka lama-kelamaan kita akan menghasilkan banyak idea yang baru. Bila kita banyak idea, idea itu tidak boleh ditahan lagi, dia akan melimpah-limpah keluar.

    Jadi, jangan abaikan idea tersebut. Terus kita dokumenkan dalam manuskrip kita. Zaman sekarang mudah, kita ada laptop, kita boleh buat fail khas. Kita terus tulis idea baru tersebut.

    Selepas tulis, kita biar dulu seminggu dua, biar masak sikit idea itu. Sampai masa, kita buka laptop, kita pun keluarkan satu buku baru.

    Mungkin akan siap dalam tempoh masa 2-3 tahun, ‘it doesn’t matter’. Tapi idea itu yang penting. Malah, kalau kita ditakdirkan tidak mampu siapkan buku tersebut, idea dan juga usaha itu adalah ibadah yang tinggi di sisi Allah subhanahu wa ta’ala kerana ibadah kita adalah untuk membentuk ilmu dalam masyarakat.

    Ibadah yang paling tinggi ialah membentuk ilmu, sebab ilmu itu membentuk iman, amal, reformasi, tranformasi dan perubahan dalam masyarakat.

    Jadi, kita berada dalam satu sektor yang penting. Pendidik mungkin menyampaikan ilmu yang kita tulis. Kalau tidak ada ilmu, tidak ada buku di hadapan mereka, mungkin mereka tidak membaca.

    Jadi, mudah-mudahan kita menjadi pencetus idea kepada mereka.

    Kadang-kadang membaca ini bukan bagi kita ilmu, tetapi menjadi pencetus kepada pemikiran. Itu pun dah cukup menjadi sebuah buku yang baik.

    Mungkin kita tidak ada ilmu sangat, tetapi kita tahu bagaimana nak mencetuskan idea kepada seorang ahli sukan supaya dapat berfikir dengan lebih baik, kepada seorang pekebun supaya dapat berfikir cara strategik pengurusan kebun dan sebagainya.

    Ditulis oleh: Hakim Darno
    Program: MDB with Youths, sesi ke 10
    Gambar: Priscilla Du PreezUnsplash 

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *.

    *
    *
    You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

    Have no product in the cart!
    0