• 5P1D Station x ETNT
  • Book Review
  • Resensi Buku Psikologi Si Kecil
  • Resensi Buku Psikologi Si Kecil

    This book is a gem! Buku yang saya rasa perlu ada di setiap rumah! Buku yang wajib dibaca oleh setiap orang yang bercita-cita untuk lebih memahami anak-anak.

    Buku ini menceritakan perkembangan anak dari bayi sehingga remaja dan bagaimana cara mereka berfikir pada setiap peringkat umur. Ramai ibu bapa yg tak sedar, kadang mereka memahami kanak-kanak dari kaca mata orang dewasa. Oleh sebab itu, ada hukuman mereka yang tidak memberi kesan positif kerana mereka tak memahami bagaimana minda anak berfungsi pada usia itu! Kadang kala mereka hentam hukum sama rata semua anak walhal tahap kematangan emosi setiap anak tak sama.

    Setiap tindakan ibu bapa perlulah sejajar dengan usia anak mereka. Islam sendiri menggariskan tarbiah anak-anak berdasarkan umur. 7 tahun disuruh solat, 10 tahun baru dirotan. Begitu juga dgn pemisahan tempat tidur. Semua ada fasanya yg perlu difahami ibu bapa.

    Contohnya, mengapa bayi senang terhibur bila kita buat cak-cak? Mengapa budak kecil suka berdiri di depan tv?
    .
    Antara mesej yang ditekankan oleh penulis, berada di sisi anak-anak tidak sama dengan berada di sisi jiwa mereka.

    Ada yang kurang peduli, ada pula yang overprotective.
    Jadi bagaimana untuk berada di pertengahan?

    Buku ini sangat menarik kerana penulis bukan sahaja membincangkan masalah-masalah yang biasa berlaku, tapi juga tip-tip dan langkah-langkah yang perlu ibu bapa ambil untuk mengelakkannya daripada berlaku. Semua ilmu dikongsi secara santai dan bahasa mudab faham, beserta contoh dan aktiviti-aktiviti yang praktikal.

    Antara yang dikongsikan ialah

    • Story telling berkesan
    • Cara siasat emosi si kecil
    • Tips tangani anak suka berbohong
    • Tips tarik tumpuan anak
    • Kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan dalam mendisiplinkan anak
    • Tips atasi anak-anak bergaduh
    • Cara bina long attachment
    • Tips tembus tembok emosi remaja
    • dan banyak lagi!

    Mentarbiah anak tidak seharusnya dijadikan eksperimen tanpa manual. Anak bukan tikus makmal tempat menguji hipotesis kita dalam mendidik. Tanpa ilmu, ramai mengambil jalan mudah iaitu ikut kata hati. Rasa nak marah, marah. Rasa nak leter, leter. Kalau dah pasrah, maka pasrahlah.

    Kebanyakan masalah remaja ialah produk akhir kepada proses panjang yang telah bermula lama. Buku ini wujud bukan untuk menyalahkan ibu bapa tetapi untuk mengajak kita menjadi ibu bapa yang lebih baik.

    Ditulis oleh: Huda Abu Naim
    Buku: Psikologi Si Kecil, Dr Rozanizam
    Gambar: Alvin Mahmudov, Unsplash 

    Previous Article

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *.

    *
    *
    You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

    Have no product in the cart!
    0