Be A Diligent Person

Pesan Datuk Dr Mohd Daud Bakar (MDB), “Don’t rush in reading. Dont rush in writing. Be a very diligent person. (Takunu rajulan mundhabitan).”

Bila kita membaca, kita kena baca dengan penuh ketelitian. Barulah kita dapat menyerap segala ilmu yang kita baca.

Ingat balik, tujuan utama kita membaca adalah untuk menyerap maksud, makna dan gelombang penulis yang mungkin mempunyai satu makna yang ingin dikongsikan kepada kita.

Kata datuk, tak salah kalau nak ‘fast reading’. Tapi beliau bukan orang yang bermazhab ‘fast reading’. Mazhab beliau ialah membaca dan menghayati perkataan yang digunakan, yang disalin semula, ataupun yang dicatit semula.

“There’s no point of having a speed reading.”

Kecuali kita nak baca laporan ataupun kita tak ada masa.

Tetapi sebagai seorang pembaca dan penulis tegar, kita perlu baca dengan cermat, perhatikan elok-elok perkataan yang digunakan, bahasanya yang tersurat dan tersirat, kalau dalam novel pula apakah dia punya karakter utama, pembantu karakter, metaforanya dan kita cari dekat mana idea, data dan fakta dalam sesuatu penulisan.

Itulah penelitian.

Kalau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai ‘diligent’. Dalam bahasa Arab pula disebut sebagai ‘ad-Dabt’.

Jadi, tidak boleh kita menjadi pembaca tegar kalau kita tidak ada minda ketelitian.

‘The diligent part of it.’

Diligent‘ itu adalah satu sifat memerhati, melihat, merobek-robek, mengeluarkan apa sahaja yang kita baca dengan minda yang penuh dengan ketelitian. Itu sebenarnya satu sifat, yang akan menjadikan kita baca al-Quran pun seronok. Kita perhatikan sesuatu ayat itu, dia punya metaforanya, dia punya ayat awal, ayat akhir dan ayat pertengahan.

Apabila kita menulis, kita menyatakan pandangan kita dalam bentuk yang bertulis atau bercetak, maka itu memberikan satu cabaran baru.

Maka gunakan perkataan yang molek, yang lunak, yang kalau tegas, tegas. Yang berfakta, berdata dan sebagainya. Pilihlah bahasa dan perkataan yang sesuai dengan apa yang nak disampaikan. Bukan menggunakan bahasa-bahasa yang lemah dan negatif.

Sebab itu, penelitian adalah sifat yang perlu ada pada seorang pembaca dan seorang penulis. Kita perlu buat secara bersungguh-sungguh. Menjadi orang yang sentiasa teliti dalam setiap perkara.

Di sini saya dapat melihat kemahiran silang yang boleh kita lakukan. Jika kita selalu tadabbur al-Quran, kita juga boleh melakukan tadabbur pada buku-buku yang lain. Ataupun sebaliknya jika kita memang seorang yang kritis membaca buku, kita juga boleh melakukan tadabbur al-Quran.

Jadi sebenarnya pesanan ini bukanlah hanya sesuai untuk pembaca dan penulis, tetapi pesanan ini perlu dikuasai oleh orang yang yang mengaku beriman kepada Allah.

Maka untuk menjadi peribadi yang teliti, latihannya ialah membaca dan menulis. Insha-Allah hidup kita akan tersusun. Kita menjadi orang yang tidak cepat melatah. Dalam bahasa lain, kita tidak cepat beremosi tinggi, tidak cepat mengambil sesuatu pandangan dan kita menjadi orang yang sentiasa selesa dengan pandangan orang lain – tidak memotong cakap orang lain, kita beradab walaupun orang itu mungkin mentah dan mungkin musuh kita yang utama.

Sebenarnya tidak ada pilihan dalam pembacaan dan penulisan, tidak dapat tidak, kita perlu mempunyai daya ketelitian yang tinggi.

Mudah-mudahan pesanan ini saya dapat amalkan di dalam kehidupan.

Terima kasih datuk di atas perkongsian. Terima kasih kepada 5pages1day di atas ruang yang diberikan.

Ditulis oleh: Hakim Darno
Program: MDB with Youths, sesi ke 9
Gambar: Christin HumeUnsplash 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *.

*
*
You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Have no product in the cart!
0