• 5P1D Station x ETNT
  • MDB with Youths
  • Menjadi Manusia yang Bernilai
  • Menjadi Manusia yang Bernilai

    Benarlah firman Allah:

    “يُؤۡتِي ٱلۡحِكۡمَةَ مَن يَشَآءُۚ وَمَن يُؤۡتَ ٱلۡحِكۡمَةَ فَقَدۡ أُوتِيَ خَيۡرٗا كَثِيرٗا”
    “Allah anugerahkan hikmah kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak.” (AlBaqarah:269)

    Terkesima saya mendengar bait-bait kata dari seorang yang sangat saya kagumi, Datuk Dr. Mohd Daud Bakar – Shariah Minds – Minda Syariah. Setiap kata-kata yang diucapkan seolah telah ditulis skripnya. Hanya 15 minit mendengar ucapan beliau, namun pengajaran dari kata-kata beliau sempat saya tulis hingga 4 muka surat penuh. Penuh dengan pengajaran. Jelas kesan hikmah dalam percakapan beliau.

    Ini sesi kelima Datuk MDB bersama anak muda, program santai di bawah kelolaan 5pages1day yang sangat bermanfaat. Percuma sahaja. Kali ini Datuk MDB berbicara tentang motivasi untuk menjadi insan yang lebih bernilai. Meaningful and purposeful person on this planet.

    Kata Datuk MDB, tanda-tanda orang yang mempunyai makna dalam kehidupan dapat dilihat dari bahasa percakapannya, bahasa penulisannya dan bahasa tubuhnya.

     Namun bagaimana untuk menjadi insan yang lebih bernilai?

    Caranya adalah dengan penulisan. Kita berharap pada perubahan dalam hidup kita dengan menyertai program itu dan ini, tapi kadang kala kurang memberi kesan. Kita membaca doa iftitah dalam solat kita setiap hari, untuk memberi makna dalam kehidupan.

    “قُلۡ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحۡيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ”
    Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.

    Sebab yang penting bukan menjadi orang penting, tapi menjadi orang yang memberi makna dalam kehidupan, dan cara yang paling cepat untuk mencari makna dalam kehidupan adalah dengan menulis. Bercakap boleh, tapi ia hilang di udara. Penulisan akan kekal dan boleh diperbaiki dari masa ke masa. Penulisan itu berat, tidak seperti percakapan. So, write in your idea and consent, kerana ia melambangkan identiti kita.

    Bila kita memilih sesuatu perkataan dalam penulisan kita, ia melambangkan personaliti kita. Bila kita menulis, kita menulis untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain. Kita bawa idea yang dekat dengan diri kita, apa yang kita nak kongsikan dengan pembaca. Tulislah seperti bahasa Al-Qur’an, ambil percikan dari ilmu Al-Qur’an. Penggunaan kata-kata yang terpilih, ilmu yang dapat memberi petunjuk kepada pembaca, dan mempunyai makna yang berlapis-lapis.

    Gunalah bahasa perubahan, kita mahu ubah masyarakat kepada yang lebih baik. Bila menulis, tulislah dengan penuh perasaan, bila kita menangis, buat pembaca menangis bersama kita. Bila kita berjenaka, buat mereka ketawa bersama kita. Bila kita berfikir, buat mereka juga berfikir, jangan tulis perkara yang terlalu senang diteka.

    Kita menulis untuk jadi lebih real dengan diri kita, bermakna kita tahu kelebihan kita dan kelemahan kita. Tak mungkin kita perfect. Kita mohon Allah lindungi kelemahan kita dan tonjolkan kekuatan diri kita. Always think of ourself before thinking about others. Bila menulis, kita expose diri kita untuk dibaca oleh orang lain, bukan penulisan kita sahaja. Jadi susunlah penulisan kita dengan susunan coherence, logical and reasonable. Kita generasi pemikir.

    Bila saya menulis coretan ini, saya hanya merekodkan perkataan beliau, sangat kurang perkataan yang saya olah sendiri. Sengaja. Kerana nilai bahasa Datuk MDB terlalu tinggi hingga saya rasa perkataan saya tidak layak menyelit di tengah-tangah perkataan beliau. Setiap ayat yang saya tulis, terngiang-ngiang bicara Datuk MDB yang saya dengar dalam sesi itu. Semoga Allah merahmati Datuk MDB dan perkongsiannya dapat dimanfaatkan setiap anak muda. Jom sama-sama kita tingkatkan nilai kehidupan kita.

    Ditulis oleh: Nur Arifah Ashnar
    Program: MDB with Youths (Sesi ke-5)
    Gambar: Steven Houston, Unsplash 

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *.

    *
    *
    You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

    Have no product in the cart!
    0