• 5P1D Station x ETNT
  • Voistation
  • Minda Shariah dalam Kewangan Islam
  • Minda Shariah dalam Kewangan Islam

    Mengapa Saya Memilih Buku Ini?

    Hikmah pada sesuatu kejadian
    1. Penulis ‘frust’ ketika awal kerjaya, penulis mahu menjadi ahli teori perundangan tetapi di dalam karier masa itu, ditugaskan dalam urusan kewangan.

    2. Oleh itu, penulis menggembleng segala usaha dan sumber yang dimiliki untuk memantapkan pengetahuan. Itulah, tanpa disedari, penulis memulakan perjalanan yang merubah laluan kerjaya beliau buat selama-lamanya.

    3. Seperti catatan diari, titik tolak pada umur 34 tahun, penulis menyertai seminar antarabangsa buat pertama kali. Ada ramai cendekiawan dan pengamal industri kewangan. Di situ, penulis membuat pembentangan. Hasil daripada memaksa diri berfikir, penulis memberitahu dunia perlukan penyelesaian yang praktikal dan boleh dilaksanakan berbanding menyalur idea dan perspektif yang tidak relevan.

    Pengenalan Buku Ini

    1. Buku ini bukan berkenaan fakta atau pandangan Syariah. Ia menggabungkan cerita, anekdot, kejadian dan episod menarik dalam kehidupan cendekiawan Syariah.
    2. Berbanding buku sedia ada di pasaran seperti tajuk “Finance Made Easy”, “Finance for Dummies”, dan juga “Finance for Idiots”, buku ini tidak menganggap pembaca tidak tahu apa-apa. Berbeza ya. Buku ini mengajar pembaca berhujah dengan pemerhatian dan pengamatan sendiri.

    Kenapa Harus Baca Buku Ini?

    1. Orang menyangka Syariah hanyalah merangkumi ilmu Asas seperti prinsip Syariah, seperti murabahah, ijarah dan sebagainya yang seperti biasa disebut.
    2. Cendekiawan, pakar undang-undang syariah yang paling layak menjelaskan dinamika prinsip Syariah dan cara Ia berfungsi di dalam bidang kewangan. Ini termasuk aktiviti penghasilan, pemindahan dan pengagihan kekayaan dalam masyarakat.
    3. Kewangan Islam bidang yang baru muncul. Sosioekonomi masyarakat sudah berbeza, mencambahkan kemudahan kewangan baru.

    Kesimpulan

    Buku ini menimbulkan impak seperti panduan selanjutnye buat pengamal industri kewangan.

    Motivasi sentiasa disuburkan sepanjang membaca buku ini. Kejayaan hampir pasti apabila boleh mengurus masa dengan baik, penuh dedikasi dan semangat, serta sentiasa berikhtiar dalam situasi yang mencabar. Selanjutnya menjurus perkembangan diri eksponen dan tidak linear lagi.

    Dikongsikan oleh: Saidah Asilah
    Buku: Minda Shariah dalam Kewangan Islam
    Gambar: Adeolu Eletu, Unsplash 

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *.

    *
    *
    You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

    Have no product in the cart!
    0