Kintsugi

Kenapa saya memilih untuk berkongsi tentang buku ini sebab buku lah antara dua buku yang menjadi peneman saya ketika saya ingin bangkit semula setelah jatuh. Pada tahun 2018, saya melalui fasa yang agak sukar, saya terlalu stress dan tertekan. Selepas saya dah akui yang bahawa saya perlukan bantuan dan perlu bangkit semula pada awal tahun 2109, saya mencari buku2 self-help yang boleh membantu saya untuk bina semula diri saya. Saya terjumpa buku ni dan bagi saya buku ni sangat lah membantu diri saya dalam proses membina semula diri saya ketika itu.

Buku ini menceritakan tentang kehidupan kita tidak akan berpisah dari kesengsaraan dan bagaimana cara untuk kita bangkit setelah jatuh akibat kesengsaraan yang dialami. Gaya penyampaian yang dibawakan oleh penulis ini seolah-olah sedang berbicara dengan kita, seperti mana seorang yang betul2 kesah akan kita. Penulis buku ini merupakan seorang Ahli Psikologi Sepanyol yang bertama Tomas Navarro.

Apa itu Kintsugi?

Kintsugi adalah satu perkataan Jepun yang menunjukkan satu seni membaik pulih tembikar-tembikar yang pecah dalam kalangan masyarakat Jepun, di mana tembikar-tembikar yang pecah ini akan dicantum semula dengan emas sehingga terlihat sebagai hiasan yang lebih cantik. Dalam konteks penulisan buku ini, penulis mengaplikasikan falsafah yang terdapat pada konsep Kintsugi ini dalam kehidupan kita yang mana ianya adalah tentang kita memeluk ketidaksempurnaan dan mencari kebahagiaan.

3 Bahagian utama dalam buku ini diceritakan secara berperingkat:

  1. Raku-yaki, the Art of the Essential

Bahagian ni menceritakan tentang kehidupan secara asasnya. Dalam kehidupan kita, kita perlu mempunyai ‘essence’ atau ‘core’ kita iaitu prinsip-prinsip kehidupan kita yang kita tak akan langgar. Sebagai contoh, kita sebagai seorang muslim pasti mempunyai prinsip diri yang berlandaskan Syariat Islam.

Keduanya adalah dalam kehidupan kita ini pasti akan menghadapi kesengsaraan dan kesusahan. Namun, kesengsaraan setiap orang berbeza-beza mengikut individu. Walaupun situasi kesusahan itu sama pada setiap orang, tapi situasi tersebut dalam konteks perjalanan hidup setiap individu itu berbeza sebab pengalaman dan perjalanan hidup setiap orang berbeza. Oleh yang demikian, kita seharusnya mengakui (acknowledge) setiap orang ada kesusahan masing2 dan jangan sesekali memandang situasi mereka sama seperti kita.

Selain itu, kita juga perlu akui bahawa kita juga boleh sakit, kita juga boleh stress dan kita juga boleh tertekan. Maka sampai masa kita lalui situasi tersebut, jangan lah kita menafikan kondisi kita yang sedang ‘sakit’, tertekan mahupun sedih.

2) Kintsugi, the Art of Repairing our Lives.

Di sini, penulis mengajar untuk kita belajar dari kesilapan lampau dengan menjadikan pengalaman pahit kita itu sebagai suatu perkara yang akan mencantikkan kehidupan kita.

Antaranya adalah kita menganalisa situasi kita, belajar dari apa yang berlaku dan kita perbaiki bahagian mana yang kita rosak.

3) Bizen-yaki, the Art of Persevering

Dalam bahagian ni, penulis menceritakan beberapa situasi yang berlaku dalam kehidupan kita sebagai panduan. Penulis banyak bercerita tentang bagaimana untuk kita menghadapi kesusahan-kesusajan yang sering terjadi dalam kehidupan manusia. Contohnya, Repairing Your Self-Esteem dan Repairing Your Life.

Sebagai penutup buku ini, penulis mencadangkan selepas kita sudah berjaya membina diri kita, kita berkongsi pula dengan orang lain tentang apa yang telah dilalui agar sedikit sebanyak mampu membantu mereka menghadapi kesusahan mereka pula.

Dikongsikan oleh: Yusuf Borhan
Buku: Kintsugi
Gambar: Riho Kitagawa, Unsplash 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *.

*
*
You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Have no product in the cart!
0