• 5P1D Station x ETNT
  • Cerpen
  • Tentang Penyesalan
  • Tentang Penyesalan

    Komputer riba dimatikan. Selesai satu lagi mesyuarat atas talian di cuti hujung minggu. Ops Pulang, satu kerjasama pihak Kesatuan Mahasiswa universiti dan pihak pentadbiran universiti untuk memastikan pelajar universiti dapat pulang ke kampung halaman masing-masing dalam keadaan selamat sempena cuti semester selama tiga bulan.

    Telefon pintar bergetar. Aplikasi WhatsApp dibuka. ‘Shah, mana?’

    Jarang sekali Zack mencari dia. ‘Bilik. Kenapa?’

    ‘Dah makan?’

    ‘Belum. Baru habis mesyuarat.’

    ‘Bilal jom?’

    ‘Okay jom.’

    Shah menutup komputer riba. Kunci bilik dan dompet dicapai. Dia melangkah ke bilik Zack di sebelah. Mereka sama-sama turun ke kereta di tingkat bawah.

    “Shah, empat tahun kau kat sini, kau rasa apa kau dapat?” tanya Zack sambil mengeluarkan kereta daripada petak parkir.

    Shah termenung. “Itu satu soalan yang susah nak dijawab. I think it is because towards the end, I think a lot about the things I have lost instead of the things I gained.”

    “Sebab accident tu ke?” Setahun setengah yang lepas, Shah dan Zack terlibat dalam kemalangan. Walaupun Zack tidak mengalami kecederaan, Shah cacat seumur hidup.

    That is one thing. Tapi ada banyak lagi benda aku kesalkan. Kenapa kau tiba-tiba tanya?” Di mata orang, Zack bukanlah orang yang akan bercakap tentang perkara  deep-deep seperti ini. Zack, happy go lucky orangnya.

    Zack masuk ke simpang menuju ke kafe Bilal. “Entahlah Shah. 4 tahun kat sini, aku rasa macam… there are things I wish I had done differently.”

    Shah cuma mengangguk membenarkan. Itu ayat yang sama dia ucapkan kepada sahabatnya Ibrahim, Presiden Kesatuan Mahasiswa universiti. Mengenang tempat di mana Ibrahim, Zack dan Shah bertemu, Shah berkata seandainya dapat diputarkan masa ke tujuh tahun sebelum, there are things he wish he had done differently.

    Regrets. In the end, we are full of regrets, aren’t we?”

    “Masa tu kita muda Shah. We were so young but we are required to make such huge decisions in life. Life altering decisions.”

    “Maksud kau?”

    Telefon pintar capai dari kocek seluar. Aplikasi MySejahtera dibuka untuk mengimbas kod QR di pintu kafe.

    Do you remember where you are supposed to go back then?”

    You were supposed to go to India to do medicine, and I am supposed to go to United States to study international relations?

    Zack mengangguk. “Sekarang kita kat mana Shah?”

    Zack baru selesai Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan. Shah, Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang. “Kita kat dalam kampus, terperangkap sebab COVID-19, tak ada hala tuju dalam hidup.”

    If you can turn back time Shah, will you choose the other path?

    “Itu ke penyesalan kau sekarang?”

    One of them. But all the choices I had made after that, is because I am here. There are so many things I wish I had done differently, but at the core, I won’t have to make that choices if I am not here.

    Makanan dipesan. Nasi Ayam Gepuk, makanan tersohor di universiti yang menyebabkan pelajar-pelajar di rumah terliur setiap kali mengenangkan juadah tersebut.

    But if you were there, you will have to make other choices too, right? Dan kau tetap akan ada penyesalan sendiri juga.” 

    “Betul.”

    There are so many things I wish I had done differently too. Tipu kalau tak ada. Tapi sampai sekarang, setiap kali aku terfikir pasal penyesalan tu, aku akan ingat satu cerita yang ustazah aku pernah sebut dalam kelas.”

    “Cerita apa? Kau jangan nak bagi tazkirah kat sini.”

    “Hahahaha. Aku bukan Ibrahim nak bagi tazkirah-tazkirah ni. It is just a story.”

    “Okay share it.”

    “Satu hari, ustazah aku pernah cerita. Akhirat nanti akan dipenuhi oleh orang-orang yang menyesal.”

    “Orang kat syurga menyesal ke?” Zack gopoh menyoal.

    “Sabar Zack aku baru nak mula ni.” 

    “Hahahaha. Okay sila sila.”

    “Tapi betullah soalan kau tu. We were Form 5 at that time and we asked the same thing too. Ustazah kata, syurga pun dipenuhi orang yang menyesal.”

    “Menyesal masuk syurga?”

    “Bukan menyesal masuk syurga. Tapi syurga ada tingkatan dia yang tersendiri. Jadi yang di tingkatan di bawah akan menyesal kenapa tak beramal lebih lagi supaya layak dapat darjat yang lebih tinggi. Yang di neraka akan menyesal, kenapa tak betul betul buat amal soleh dan tinggalkan dosa-dosa di dunia supaya layak ke syurga.”

    “Jadi kau nak kaitkan dengan kita macam mana Shah?”

    “Hahahaha tak perlu jauh sangat fikir Zack. What I am saying is the regrets will always be there. Sedangkan kat dalam syurga pun boleh menyesal. Apatah lagi kat dunia.”

    “Ayam gepuk level 5 tiga bungkus, siap.” Panggilan daripada pekerja kafe menghentikan perbualan mereka. Mereka bersama-sama membayar makanan dan kembali ke kereta.

    “Betullah tu Shah. Kat akhirat nanti penyesalan tu akan datang lepas kita nampak hasil usaha amalan kita. Kadang mungkin kita rasa apa kita buat tu dah banyak dah, tapi rupanya ada orang dah buat lagi banyak dan ada tingkat yang lebih tinggi untuk dia.”

    “Macam tu lah kita kat dunia. Penyesalan kita datang lepas dah nampak hasil keputusan yang kita buat. Dalam fikiran kita, kita tertanya-tanya apa hasilnya kalau kita buat keputusan yang satu lagi. Kita selalu anggap yang kalau kita boleh patah balik ke masa silam, kita mungkin akan buat pilihan yang satu lagi. In the end, we will regret the chances we did not take.”

    “Kau rasa kalau kita boleh patah balik masa tanpa mengetahui apa hasil pilihan kita, macam kau patah balik masa awal degree tanpa tahu apa jadi kat kau empat tahun lagi iaitu sekarang, kau rasa kau akan buat pilihan yang berbeza ke?”

    “Susah untuk aku cakap Zack. Dia macam kita setiap kali akhir semester. Setiap kali akhir semester kita akan kata semester depan nak belajar betul-betul. Lapan semester kita habis kat sini Zack, berapa ramai yang betul-betul belajar sebaiknya di semester seterusnya? Most of us keep on repeating the same cycle Zack, although we remember clearly the regrets we had at the end of the previous semester.

    Zack terpukul. Itu kebenaran. Berapa ramai yang betul-betul berubah. Berapa ramai yang lagi selesa berpegang pada konsep CGPA nak turun senang, nak naik susah. Kita usaha macam mana pun akan susah nak naik semula.

    Shah mengambil kunci kereta daripada Zack. “Biar aku drive balik. Kalau kau buka Surah Al-An’am Zack, ada satu tempat Allah gambarkan situasi macam ni.”

    “Kat mana Shah?” Zack mencapai telefon pintar dan membuka aplikasi Al-Quran.

    “Cuba kau baca terjemahan ayat 27 hingga 29.”

    Dan sungguh ngeri jika engkau melihat ketika mereka didirikan di tepi neraka (untuk menyaksikan azabnya yang tidak terperi), lalu mereka berkata: “Wahai kiranya kami dikembalikan ke dunia, dan kami tidak akan mendustakan lagi ayat-ayat keterangan Tuhan kami, dan menjadilah kami dari golongan yang beriman”.(27)

    (Mereka mengatakan yang demikian bukanlah kerana hendak beriman) bahkan setelah nyata kepada mereka apa yang mereka selalu sembunyikan dahulu; dan kalau mereka dikembalikan ke dunia sekalipun, tentulah mereka akan mengulangi lagi apa yang mereka dilarang dari melakukannya; dan sesungguhnya mereka adalah tetap pendusta.(28)

    Dan tentulah mereka akan berkata pula: “Tiadalah hidup yang lain selain dari hidup kita di dunia ini, dan tiadalah kita akan dibangkitkan semula sesudah kita mati”.(29)

    “Cuba kau terangkan apa kau faham dari ayat tu Zack.”

    “Orang yang diazab di akhirat nanti akan merayu nak kembali ke dunia supaya dapat beramal soleh semula. Tapi Allah Yang Maha Mengetahui tahu bahawa kalau dikembalikan semula ke dunia pun, mereka tetap akan buat pilihan yang sama dan tidak beriman.”

    That’s why Zack, although we have the tendency to regret sometimes, do not deal too much thinking about those ‘what ifs’. Hidup kita adalah apa yang ada di hadapan kita. Tapi setiap keputusan hidup kita lepas ni dipandu oleh pelajaran dan pengajaran yang kita dapat daripada keputusan silam kita, keputusan baik dan keputusan buruk.” kata Shah sambil meletakkan kereta di hadapan blok mereka.

    “Betullah tu Shah. A lot of us always think of starting over. Wishing we can restart our life and choose a different path. But the only reason we think that maybe choosing a different path will give different result is because the experience we had from this path. If we are starting all over again, the young and inexperienced us might still choose the same path, because we don’t have the experience that we have now to guide us.”

    Zack, that’s a very nice conclusion. Kesilapan dan keputusan yang kita buat di masa muda itu adalah panduan supaya kita tak ulang benda yang sama tatkala kita semakin dewasa. Seandainya kita tak buat semua pilihan itu, kita tak akan sampai di tempat kita sekarang di mana kita perlu membuat pilihan yang lebih besar, dengan panduan pengalaman supaya kita dapat buat keputusan yang lebih matang.”

    “Jangan sembang lama-lama sangat aku lapar ni.” panggil Ahmad daripada tingkat atas, rakan sebilik Zack.

    “Dan sekarang kita tak ada pilihan Shah, sebab Ahmad dah lapar. Jom makan sekali kat bilik kami.”

    “Okay jom.”

    Ditulis oleh: Hakim Razak
    Sumber gambar: Benjamin Davies, Unsplash 

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *.

    *
    *
    You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

    Have no product in the cart!
    0