• 5P1D Station x ETNT
  • Al-Quran
  • Syubuhat Orientalis Terhadap al-Quran
  • Syubuhat Orientalis Terhadap al-Quran

    Mendengar penyampaian berkenaan orientalis mengingatkan saya tentang satu bacaan iaitu kisah penyusupan Snouck Hurgronje memasuki Indonesia dan menyamar sebagai Kiyai Abdul Ghaffar. Tindakan ini memberi pengaruh dan kesan Islam liberal di Indonesia.

    Apakah motif dan faktor yang mendorong para orientalis ini?

    1. Pengetahuan

    Mereka berkeinginan untuk mengkaji keadaan masyarakat yang berbeza. Selepas zaman Renaissance mereka mula membuat kajian ilmiah. Antaranya, kajian berkenaan hadis.

    1. Sejarah

    Kesan daripada pertembungan blok dan sejarah lampau perhubungan antara peradaban barat dan timur.

    1. Perniagaan

    Bagi memasarkan produk dari barat ke timur.

    1. Agama

    Penyebaran dakwah dan dakyah agama dengan cara menimbulkan keraguan terhadap Islam.

    1. Penjajahan

    Sebagai strategi untuk penaklukan negara dan meluaskan empayar.

    Tiada kesan pengaruh orientalis terhadap masyarakat bagi jangka masa singkat. Pun begitu pada sudut lain untuk jangka masa panjang, kesan ini boleh berlaku. Hal ini kerana, kebanyakan penuntut ilmu akan mudah terpengaruh dengan pembawaan orientalis ini serta memberi kesan yang lebih bahaya sekiranya ada dalam kalangan mereka menjadi guru ataupun tenaga pengajar.

    Bagaimanakah cara untuk kita mengatasi pengaruh orientalis?

    1. Melazimi bacaan Al-Qur’an. Betapa ramai yang menginginkan kebaikan namun kebaikan itu tidak sampai kepadanya. Membaca Al-Qur’an, akan tetapi tersangkut di tenggoroknya (tanpa ilmu, pemahaman, penghayatan serta tidak mengamalkan).

    Rasulullahﷺ bersabda,

    ‎سيكونُ في أمتي اخْتلافٌ وفُرْقَةٌ، قومٌ يُحْسِنونَ القِيلَ ويُسيئونَ الفِعلَ، يقرأونَ القرآنَ لا يُجاوزُ تراقيَهم

    “Akan ada dalam kalangan umatku perselisihan dan perpecahan, iaitu satu kaum yang bagus dalam perkataannya, namun jelek tingkah lakunya. Mereka membaca Al-Qur’an namun tidak melepasi tenggorok mereka.” (Hadis Riwayat Ahmad: 13338)

    1. Rajin dan perbanyakkan membaca bahan bacaan yang pelbagai. Hal ini kerana, kesangsian dapat dihilangkan hanya dengan ilmu. Kebanyakan daripada kita lalai dengan hal lainnya dan menyebabkan kita kurang membaca.

    Terdapat ramai orientalis yang dimaklumkan oleh ustaz, dan saya tertarik tentang kisah salah seorang orientalis Mesir iaitu Jamal Al-Banna yang mencemburui kejayaan abangnya Hasan Al-Banna. Hal ini sehinggakan dirinya membuat sesuatu yang aneh dan bercanggah dengan mengada-adakan fatwa sendiri demi meraih populariti.

    Semoga Allah menetapkan kita dalam keimanan dan meneguhkan hati kita dalam agama-Nya.

    Ditulis oleh: Fariza Md Hanif
    Sumber gambar: Photo by the dancing rain on Unsplash 

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *.

    *
    *
    You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

    Have no product in the cart!
    0