• 5P1D Station x ETNT
  • Motivasi
  • Keberanian & Tawakkul
  • Keberanian & Tawakkul

    Belakangan ini saya selalu terfikir, salahkah kalau kita tidak mengambil jalan yang biasanya orang lain lalui? Salahkah kalau kita tidak melalui jalan yang mainstream? Kenapa setiap hari kita di’paksa’ untuk mengikut jalan yang sama seperti orang kebanyakan? Bagaimana jika aku tidak mahu?

    Ya, saban hari saya dinasihatkan untuk buat begitu dan begini, neracanya adalah orang lain buat begitu, zaman sekarang begini, jadi saya perlu mengikut apa yang mereka lakukan. Dan saya merasa penat apabila sentiasa diasak untuk meniru orang lain, padahal semua orang mempunyai kemampuan yang berbeza.

    Namun hari ini, saya temukan jawapan dalam sesi “MDB with Youths”. Datuk Dr Mohd Daud Bakar (MDB) berkongsi tentang kepentingan keberanian dan tawakkul dalam menjalani hidup.

    Keberanian yang dimaksudkan bukanlah berani yang berdekah-dekah, bertumbuk, berlawan cakap, menyalak tidak tentu hala, tetapi keberanian mental yang disebut oleh Datuk MDB sebagai ‘mental courage’. Berani untuk mencabar idea-idea dan fikiran. Berani bergerak dengan idea-idea baru. Namun, berani sahaja tidak cukup tanpa tawakal. Tawakal akan membantu kita untuk teguh dengan keberanian dan membunuh penyakit-penyakit sombong, angkuh dan penyakit-penyakit hati yang lain.

    Menyelusuri kisah keberanian dan tawakal Nabi Ibrahim a.s, bagaimana baginda begitu berani melakukan sesuatu yang bertentangan dengan masyarakat umum ketika itu, termasuk ayahya? Bagaimana dia boleh berani menghancurkan berhala-berhala pujaan bangsanya ketika itu? Bagaimana hatinya tidak gentar meski dilempar ke atas api yang menyala?

    Semua bermula dengan keberaniannya mencabar fahaman yang dipegang bangsanya ketika itu sehingga baginda berjaya menemukan kebenaran, menemukan satu-satunya Tuhan yang berhak disembah. Keberaniannya itu membuatkan baginda a.s tidak gentar untuk membongkar pegangan agama yang terpesong dan memperjuangkan tauhid kepada yang Esa. Nabi Ibrahim a.s tekad & berani untuk berpegang kepada kebenaran. Namun, keberaniannya tidak kosong. Keberaniannya diiringi dengan tawakal yang kuat kepada Tuhan. Tanpa tawakal, mana mungkin seseorang dapat menghilangkan rasa takut dan risau bila diugut oleh seorang raja yang zalim dan kejam. Dengan tawakal, keberanian bukan sekadar makin menyala-nyala, malah melahirkan rasa yakin yang kuat terhadap kekuasaan Allah yang mentadbir segala sesuatu. Tawakal juga menjadikan baginda tidak sombong walaupun berjaya membentangkan kebenaran kepada bangsanya kerana baginda yakin bahawa semua yang berlaku adalah dengan kehendak dan kekuasaan Allah bukan kerana keberanian dan kekuatannya. Hatta apabila mukjizatnya terzahir hingga membuat orang ramai tercengang, tidak sedikit pun baginda menyombong diri dengan kelebihan itu.

    Maka, saya dapat simpulkan, tidak salah untuk berlari di atas jalan yang asing jika kita yakin dengan apa yg kita cuba untuk perjuangkan. Beranilah untuk meneruskan hidup meskipun tidak dengan jalan yang sama seperti orang lain. Dan seterusnya tawakal lah kepada Allah agar hidup kita tidak cuma berbekalkan keberanian tetapi juga panduan dan bimbingan serta keyakinan terhadap kekuasaan Allah. Sentiasa berusaha menggali hikmah dalam setiap kejadian yang berlaku, sama ada yang pahit mahupun yang manis, serta meyakini apapun yang berlaku, itu adalah dengan izinNya, dengan kekuasaanNya, di bawah pentadbiranNya yang tidak pernah tercicir satu hal pun.

    Hidupkan mental courage dalam diri, jalan terus dan tawakkal!
    حسبنا الله ونعم الوكيل
    Hasbunallah wa ni’mal wakil.

    Ditulis oleh: Nur Fahimah Binti Rosli
    Sumber: FB Nur Fahimah Binti Rosli
    Sumber gambar: Photo by Alejandro Luengo on Unsplash 

    3 thoughts on “Keberanian & Tawakkul

    • Nabihah Nawawi
      July 25, 2021 at 10:22 am

      Best sangat penulisam sister

      • nurfahiem
        July 27, 2021 at 7:48 pm

        Terima kasih, sis.. huhu

    • Azierah
      August 20, 2021 at 6:15 pm

      Terima kasih saudara/saudarinatas perkongsian yg indah ini.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *.

    *
    *
    You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

    Have no product in the cart!
    0