• 5P1D Station x ETNT
  • Journey of Readers
  • Tips Membaca yang Efektif
  • Tips Membaca yang Efektif

    • Conteng buku. Jangan rasa sayang nak conteng. Kenali penulis.
    • Baca dengan purpose. Keluarkan effect daripada buku, dalam percakapan, status WhatsApp, dll. Saya share/post selalunya almost immediately. Jangan tunggu setahun. Baca dengan purpose. Set idea so kita terpimpin dan sedar bila membaca. Kita akan lebih seronok baca buku.
    • Ada orang baca buku tanpa awareness. Purpose saya, satu buku boleh menjana 1000 idea. Saya post status, itu idea-idea daripada buku sebenarnya. Setiap buku yang saya baca, ada nota khas dalam diari khas. Inilah khazanah ilmu saya yang bantu saya menulis. Satu perkataan ini bernilai beribu ringgit bagi saya. Bila saya tulis, tak hilang pembacaan saya.
    • Diari ni membantu saya bila saya buka semula. Ianya memberi insight daripada apa yg saya baca. Ini idea Malcolm, Ar-Razi dll. Catatan ni saya tulis secara fizikal. Saya ingat di mana saya tulis. Saya catat sebab boleh buat percambahan ilmu, ubahsuai idea dan sebagainya. Saya boleh ingat dan share dalam sharing saya dan status saya.
    • Bila kita baca buku, jangan fikir yang kita mampu untuk ingat sampai bila-bila. Bila tulis, kita akan ingat. Contohnya, idea Malcolm, katanya, sesuatu benda kecil yang kita overlook akan membawa kepada kegagalan atau kejayaan. Kemudian, saya akan tulis contoh-contoh dan kongsi dalam sharing saya dan lain-lain.
    • Ilmu kita akan berkembang bila gabung banyak bacaan, idea berkembang. Lama-kelamaan, kita dapat jadi macam Malcolm juga. Tanpa berfikir, kita boleh berfikir. Sampai satu tahap kemuncaknya, kita capai tahap the power of thinking without thinking. Kita boleh menjadi pemikir tanpa berfikir. Itu puncaknya. Lintasan pemikiran, itu ilmu paling hebat. Allah kata لعلكم يسمعون، لعلكم يعقلون. Kita faham, kita fikir. “For you to think yourself without thinking”, Malcolm Gladwell cakap dalam buku Blink.

    For you to think yourself without thinking

    Malcolm Gladwell
    • Beriman dengan buku. Kalau tidak, kita tidak boleh pergi jauh. Paling payah bukan baca buku, tapi kepercayaan pada buku. Tapi kepercayaan pada buku ini tidak ada dalam minda kita. Kepercayaan kepada guru, komputer, seminar, tinggi tapi kepercayaan kepada buku, agak miskin dalam masyarakat kita. Kalau boleh ada yang nak disuap. Dengar seminar memang bagus, tetapi pancaindera tidak bergerak semuanya. Perlu rajin baca buku jugak. Yang paling payah adalah kepercayaan pada buku. Kepercayaan pembacaan itu tindakan luar biasa. Bila dengar seminar, kita gunakan pancaindera, telinga dan sedikit akal. Kalau baca buku, akal kita bergelombang setiap masa. Sebab itu Iqra’ adalah ayat pertama al-Qur’an. Tiada yang lebih baik dpd Iqra’.
    • Tip ini tip praktikal. Diari catatan buku saya, dulu saya tulis dan classify tapi bila terlalu sibuk, tulisan saya bercampur. Tak mengapa, tak kisah. Kita catat sahaja tentang fiksyen ke, humanities ke, dan sebagainya. Waktu sedang kebosanan, bukak diari ini dan baca semula. ‘Oh menarik. Fresh lagi.’ In fact, this is your book. Kadangkala, saya luangkan 2-3 jam untuk baca semula buku ini secara berfrekuensi tinggi, baca berulang-ulang kali. Sebab tu saya ingat di mana nak cari semula point bila mahu menulis. Baca berulang-ulang kali diari catatan ini.
    • Anak muda kita hilang identiti dengan mudah sebab tak basahkan pembacaan dengan maklumat luar pemikiran kita. Orang yang tak membaca hidup umpama dalam penjara. Boleh hidup 10-20 tahun. Dalam penjara kita ada udara, selimut, makan sikit, bila sakit doktor masuk rawat, boleh hidup tapi itulah hidup orang yang tak baca buku.

    Orang yang tidak membaca, hidup umpama dalam penjara.

    Datuk Dr. Mohd Daud Bakar
    • Kalau nak bebaskan minda agar lebih luas pandangan, bacalah buku. Ignorance adalah prison of human. Bangun pagi, aku nak melihat dunia yang luas. Ambillah setiap hari 2-10 muka surat. Jadi seorang yang merdeka, berdiri di atas kaki sendiri. Ingat, 1) Membaca. 2) Momentum membaca. 3) Menjadi seorang penulis kepada apa yg dibaca. Bila kita lakukan semua ini. Kita recycle putaran kehidupan. Membaca, momentum membaca, mencipta idea daripada membaca.

    Sumber: Perkongsian Datuk Dr. Mohd Daud Bakar
    Program: Buku-buku yang Paling Mempengaruhi Hidupku (klik untuk tonton rakaman)
    Anjuran: 5pages1day
    Ditulis oleh: Wan Zuhaira Abdullah

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *.

    *
    *
    You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

    Have no product in the cart!
    0